Friday, 22 March 2013


Bagaimanakah seorang pengetua dapat mengawal sekolah tanpa menggunakan Kuasa.

Pada pendapat saya pengetua tidak dapat mengurus dan menjalankan fungsi sebagai pentadbir sekolah tanpa kuasa. cuma jenis kuasa yang digunakan oleh pengetua mestilah bersesuaian dengan keadaan dan latar belakang personal yang sedang dikendalikan. secara dasarnya terdapat lima jenis kuasa yang ada pada pengetua. Mengikut John French dan Bertram Raven (1960) kuasa ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan ia akan menentukan kebolehan dan kejayaan seseorang pemimpin. untuk kumpulan pertama adalah kuasa formal ataupun kuasa rasmi. dalam kumpulan ini terdapat 3 kuasa iaitu coercive(paksaan), reward(ganjaran) dan juga Legitimate(sah). untuk penghuraian yang lebih lanjut, yang dimaksudkan coercive power ialah melalui paksaan dengan para staf takut terhadap diturunkan jawatan ataupun hilang jawatan tersebut. sebagai contoh pengetua boleh mengatakan kepada guru jika mereka tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengetua maka guru tersebut akan digantikan dengan individu yang lain. manakala kuasa reward(ganjaran) ialah dengan memberikan bonus, pujian dan sokongan kepada guru-guru jika mereka melakukan sesuatu yang baik dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Legitimate power pula ialah, kuasa yang diperolehi daripada memegang sesuatu kedudukan contohnya pengetua di sebuah sekolah. maka arahan dari beliau akan dituruti oleh guru-guru berdasarkan kedudukannya sebagai pengetua.
kumpulan kedua untuk kuasa ialah personal power- (kuasa peribadi) kuasa ini ditakrifkan sebagai kuasa yang lebih mengesankan berbanding kuasa formal. ianya ialah expert(kepakaran) power dan referent(rujukan) power. kuasa expert diperolehi dengan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan. dengan kuasa ini para guru akan meletakkan seseorang yang mempunyai kepakaran yang diakui sebagai ikutan. seterusnya kuasa rujukan adalah apabila seseorang itu dihormati dan dipercayai. Contohnya apabila seseorang ketua itu mengambil tindakan terhadap sesuatu masalah dan tindakan beliau dihormati kerana tindakan tersebut bersesuaian. ini akan menambah rasa hormat dan kagum guru-guru terhadap pengetua tersebut. pada hemat saya pengetua yang terlalu bergantung kepada kuasa rasmi akan mendapati diri mereka kurang mendapat kepercayaan dan penghormatan dari guru-guru. tetapi ia amat penting terutama jika pengetua sedang berhadapan dengan guru-guru baru. mereka perlu kepada bimbingan secara terus dan perlu berasa takut untuk memastikan mereka melakukan kerja mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pengetua. namun kepada guru lama cara begini tidak dapat menghasilkan suasana bekerja yang kondusif. guru lama harus menaruh keyakinan dan rasa hormat supaya mereka melihat pengetua sebagai individu dipandang tinggi dan hal ini akan menyebabkan mereka disegani. perkara ini akan menjadikan pengetua mudah mengawal dan menguruskan sekolah dengan lebih mudah apabila pengetua menggunakan personal power. tambahan pula personal  power menunjukkan seseorang pemimpin itu sanggup pergi lebih jauh dan bekerja dengan lebih komited berbanding ketua yang hanya menjadi ketua kerana menjawat jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment