Bagaimanakah seorang
pengetua dapat mengawal sekolah tanpa menggunakan Kuasa.
Pada pendapat saya
pengetua tidak dapat mengurus dan menjalankan fungsi sebagai pentadbir sekolah
tanpa kuasa. cuma jenis kuasa yang digunakan oleh pengetua mestilah bersesuaian
dengan keadaan dan latar belakang personal yang sedang dikendalikan. secara
dasarnya terdapat lima jenis kuasa yang ada pada pengetua. Mengikut John French
dan Bertram Raven (1960) kuasa ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan ia
akan menentukan kebolehan dan kejayaan seseorang pemimpin. untuk kumpulan
pertama adalah kuasa formal ataupun kuasa rasmi. dalam kumpulan ini terdapat 3
kuasa iaitu coercive(paksaan), reward(ganjaran) dan juga Legitimate(sah). untuk
penghuraian yang lebih lanjut, yang dimaksudkan coercive power ialah melalui
paksaan dengan para staf takut terhadap diturunkan jawatan ataupun hilang
jawatan tersebut. sebagai contoh pengetua boleh mengatakan kepada guru jika
mereka tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengetua maka guru
tersebut akan digantikan dengan individu yang lain. manakala kuasa
reward(ganjaran) ialah dengan memberikan bonus, pujian dan sokongan kepada
guru-guru jika mereka melakukan sesuatu yang baik dan mencapai sasaran yang
ditetapkan. Legitimate power pula ialah, kuasa yang diperolehi daripada
memegang sesuatu kedudukan contohnya pengetua di sebuah sekolah. maka arahan
dari beliau akan dituruti oleh guru-guru berdasarkan kedudukannya sebagai
pengetua.
kumpulan kedua untuk
kuasa ialah personal power- (kuasa peribadi) kuasa ini ditakrifkan sebagai
kuasa yang lebih mengesankan berbanding kuasa formal. ianya ialah
expert(kepakaran) power dan referent(rujukan) power. kuasa expert diperolehi
dengan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan. dengan kuasa ini para guru akan
meletakkan seseorang yang mempunyai kepakaran yang diakui sebagai ikutan.
seterusnya kuasa rujukan adalah apabila seseorang itu dihormati dan dipercayai.
Contohnya apabila seseorang ketua itu mengambil tindakan terhadap sesuatu
masalah dan tindakan beliau dihormati kerana tindakan tersebut bersesuaian. ini
akan menambah rasa hormat dan kagum guru-guru terhadap pengetua tersebut. pada
hemat saya pengetua yang terlalu bergantung kepada kuasa rasmi akan mendapati
diri mereka kurang mendapat kepercayaan dan penghormatan dari guru-guru. tetapi
ia amat penting terutama jika pengetua sedang berhadapan dengan guru-guru baru.
mereka perlu kepada bimbingan secara terus dan perlu berasa takut untuk
memastikan mereka melakukan kerja mengikut standard yang telah ditetapkan oleh
pengetua. namun kepada guru lama cara begini tidak dapat menghasilkan suasana
bekerja yang kondusif. guru lama harus menaruh keyakinan dan rasa hormat supaya
mereka melihat pengetua sebagai individu dipandang tinggi dan hal ini akan
menyebabkan mereka disegani. perkara ini akan menjadikan pengetua mudah
mengawal dan menguruskan sekolah dengan lebih mudah apabila pengetua
menggunakan personal power. tambahan pula personal power menunjukkan seseorang pemimpin itu
sanggup pergi lebih jauh dan bekerja dengan lebih komited berbanding ketua yang
hanya menjadi ketua kerana menjawat jawatan tersebut.